Portal SK Batu 10 - Kem Bestari Solat 1, 2013

Kem Bestari Solat 1, 2013





Pada 23 Februari, satu program rohaniah yang diadakah setiap tahun sebelum ini dilaksanakan kembali untuk siri 1, 2013 iaitu Kem Bestari Solat (KBS) yang dijayakan oleh semua guru j-QAF, GPI dan KAFA.



Para peserta menunggu arahan seterusnya dari guru.

KBS adalah salah satu modul daripada 5 modul utama program j-QAF di sekolah-sekolah rendah. Modul ini bertujuan mendedahkan murid dengan perkara-perkara asas dalam solat dan wuduk serta melatih mereka beristiqamah dengan ibadah penting ini melalui amali wuduk dan solat di akhir pelajaran.


Para peserta bersiap sedia untuk solat dhuha berjemaah

Solat adalah tiang agama dan Islam tertegak daripada 5 perkara termasuk solat. Nabi s.a.w. menyuruh kita mendidik anak tentang solat sedari umur 7 tahun dan merotan mereka sekiranya 
malas bersolat ketika anak berumur 10 tahun.


Ustazah Siti Aisah memberi arahan kepada peserta sebelum minum pagi.



Antara matlamat utama ialah:

  • Mendidik murid dalam perkara asas wuduk dan solat.
  • Melatih murid bacaan-bacaan dalam solat.
  • Menunjukkan perlakuan-perlakuan solat dengan betul.
  • Mengajar murid laungan azan dan iqamah.
  • Mendedahkan posisi imam dan makmum, muafiq dan masbuq.
  • Menunjukkan kaifiyyat solat jenazah.
  • Mentarbiah murid supaya istiqamah menunaikan solat.

komen facebook



Pautan Khas





Selamat Kembali Ke Sekolah

Admin | 2013-12-29


Baca lagi »

Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah

Admin | 2013-12-13

Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki.

Baca lagi »

Selamat Pengantin Baru Kepada Warga Sk Batu 10

Admin | 2013-12-07

Tahniah kepada dua orang warga Sk Batu 10 yang baru menukar status solo kepada duet, dara kepada isteri, cik kepada puan dan teruna kepada suami. :D

Baca lagi »

Video

Senyum 2013

The Cutest Flight Safety

Pelancaran Galeri Permata Gemilang

Lagi video »

Muaturun pelayar pilihan kami

Student Ambassadors

Pemberitahuan KPM